Kerajaan bersetuju memberikan Elaun Sara Hidup (COLA) tanpa mengira pangkat dan tempat bertugas semua pekerja awam dan swasta sebanyak RM500.00 sebulan berkuatkuasa Julai 2016 bagi menampung kenaikan harga minyak dan barang-barang. Selain langkah proaktif bagi menangani GST yang sangat hebat diperkatakan pada ketika ini. Langkah yang serupa disarankan kepada pihak swasta bagi menjamin keharmonian para pekerjanya.
Elaun COLA ini boleh dituntut di semua Pejabat Pos dan BSN di seluruh negara mulai jam 1 pm hingga 4 pm pada setiap hari kecuali hari Jumaat, Sabtu dan Ahad serta hari-hari kelepasan am. Kakitangan awam & swasta perlu menunjukkan kad pengenalan diri Jabatan untuk mendapatkan borang permohonan dan wang akan dibayar selepas penyerahan borang yang lengkap beserta dengan syarat-syarat berikut :-
1. Surat Perlantikan Kerja - Original
2. Surat Pengesahan Kerja- Original
3. Surat Akuan Majikan - (tempat terakhir bertugas)
dan...
... 80 Penutup Botol Coca-Cola... Baru sesuai dengan namanya Elaun Cola! Ampunnnn pak...
Haaaahahaha! !!! Dah baca! Pergi sambung kerja ... kalau pasal DUIT semua besor bijik mata!! kalo rasa menyampah dgn status ni sila minum coca cola ek !!
" SENYUM....TAK PERLU KATA APA-APA" !!
Sumber: Elaun Cola Naik
Tag :
Lawak
0 Komentar untuk "PM Naikkan Elaun Sara Hidup (COLA) RM500 Untuk Kakitangan Awam!"
Peringatan Ikhlas
Sebarang komen adalah amat dialu-alukan. Namun begitu, sebarang komen berbentuk sifat perkauman, spam dan pautan ke laman web lucah serta perniagaan yang hanya menguntungkan sebelah pihak akan dipadam dengan serta merta. Perlu diingatkan komen anda adalah tanggungjawab anda.